www.razali-ibrahim.com.my
 
 

Yang di menangi itu bukan kerusi kemegahan, ianya satu wadah untuk berjuang demi kepentingan rakyat Muar

 








 
 
ASSALAMUALAIKUM
 

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua khusus kepada warga di dalam Parlimen Muar yang saya hormati. Begitu juga kepada anak-anak Muar di perantauan.

Alhamdullilah syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memungkinkan saya sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk berkhidmat dan menyumbang bakti kepada warga Parlimen Muar.

Dengan ikhlas dan rasa rendah diri saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Tanpa sokongan padu dan komitmen jitu anda semua, nescaya belum tentu Barisan Nasional akan memperolehi kemenangan di Parlimen P.146 Muar pada pilihanraya lalu.

Jasa baik dan pengorbanan yang dihulurkan sangat-sangat saya hargai dan InsyAllah akan saya balas dengan melakukan perubahan dan pembangunan berterusan untuk kawasan Parlimen Muar. Doa dan restu daripada semua amatlah saya perlukan agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik demi berkhidmat kepada masyarakat setempat. Sebarang teguran dan tunjuk ajar amatlah di alu-alukan agar saya dapat berkhidmat dengan lebih baik.

Jesteru, sekiranya terdapat sebarang masalah dan maklum balas yang hendak disampaikan maka saya amat mengalu-alukan kehadiran semua ke Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Muar, No 2, Jalan Dahlia, 1/1 Taman Dahlia, Jalan Abd Jabbar, 84150 Parit Jawa, Muar, Johor Darul Ta’zim atau menghubungi Tel : 06-9872952 Fax : 06-9872964.

Terus melayari laman web Pusat Khidmat Parlimen Muar ini untuk berhubung atau bertukar sebarang informasi bagi kebaikan bersama.

Semoga jasa baik dan kepercayaan yang telah diberikan ini akan diberkati Allah S.W.T dan semoga kita dapat meneruskan kerjasama erat ini demi meningkatkan martabat hidup rakyat kawasan Parlimen Muar.

Kita berdoa semoga apa yang cuba kita laksanakan ini akan mendapat kekuatan dan keredhaan dari Allah S.W.T dan saya yakin jika kita jujur dan beramanah, isyallah keberkatan dan keredhaan itu di limpahkan jua.

Tulus ikhlas daripada,

Dato'Razali Hj Ibrahim

DARI MEJA YB
 
 
 
SEDUTAN AKHBAR HARI INI
ENGLISH NEWS
PAUTAN
Politik
Antarabangsa
Lain Lain
PUSAT KHIDMAT PARLIMEN MUAR
 

Alamat :
No 2, Jalan Dahlia, 1/1 Taman Dahlia, Jalan Abd Jabbar, 84150 Parit Jawa, Muar, Johor Darul Ta’zim

Telefon: 06-9872952
Faksmilie: 06-9872964

 
PEJABAT DAERAH MUAR
 
Pejabat Daerah Muar, Bangunan Sulatan Abu Bakar, Peti Surat 111, 84000 Muar Johor
Telephone : 606 - 952 1021
Fax : 606 - 952 8817
Email : pdmuar@johor.gov.my
Web Site : http://www.johordt.gov.my/pdmuar
 
JUMLAH PELAWAT
free counter statistics
 
 
   
 
copyright reserved © razali-ibrahim.com.my 2008-2009